Sambutan Hari Guru SRAI meriah
SRAI - Juamaat, 25 Mei 2007. Sambutan hari guru peringkat Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad disambut dengan meriah sekali.Acara sambutan itu dimulakan dengan jamuan makan yang mana makanan dibawa oleh pelajar-pelajar untuk dikongsi bersama. Ironinya makanan yang dibawa itu amat mencukupi untuk kesemua pelajar SRAI. Itulah berkatnya jika kita bekerjasama dan saling membantu. Adapelajar yang bawa mee goreng, nasi ayam, nasi lemak, spegeti, kuih muih dan pelbagai lagi makanan tradisional mahupun moden.
Acara sambutan diteruskan lagi dengan pelajar berkumpul di surau.Di Surau sekolah pelajar diajikan dengan persembahan ikrar dan lagu guru oleh Muallim dan Muallimah yang diketuai oleh Muallim Suhaimi.Usatz Syukri juga bersama-sama guru selepas merasmikan acara tersebut.Penampilan istimewa nyanyian nasyid oleh adik Ali Akhbar Piliang yang ditujukan khas kepada guru-guru.Turut menjayakan upacara itu persembahan dari pelajar tahun 1 dan pelajar tahun 6. Sambutan ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua Muallim dan Muallimah yang telah banyak menaburkan jasa di SRAI.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home