SRAI - 13 jun 2007 - Selepas bercuti 2 minggu pelajar kembali dengan semangat yang baru. Banyak aktiviti semasa cuti menjadi kenangan yang terindah bagi pelajar dan juga guru. Semasa cuti ada dikalangan pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah terutamanya pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan SPPm pada Julai ini. Oleh itu satu kem motivasi khas untuk SPPM telah diadakan pada 25 Mei hingga 27 Mei yang lepas bagi memantapkan ilmu dan memberi motivasi kepada pelajar. Pada 28 Mei hingga 30 Mei 2007, seramai 80 orang pelajar SRAI telah mengikuti Jambori Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM) peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Guru Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MGB). Pelajar Syabab SRAI telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam katogeri persembahan manakala Fatayat juga mendapat tempat ketiga dalam acara kawad kaki.Selain itu kelas tambahan untuk tahun 6 berjalan dengan lancar.Semoga dengan semangat yang baru meningkatkan lagi prestasi pelajar sekolah kita.