Sekolah Islam Al-Irsyad Kuantan

Monday, February 06, 2006

Gambar Sekolah Al Irsyad







Antara koleksi gambar sekolah

Thursday, February 02, 2006

Sejarah Penubuhan Al-Irsyad




Sekolah Islam Al-Irsyad adalah sebuah sekolah swasta yang telah ditubuhkan pada bulan Januari 1989. Murid yang mendaftar ketika itu hanyalah seramai 17 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Kubang Buaya Kuantan.

Sekolah ini didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (KS 010/89) dan pendaftaran dengan Kementerian Pendidikan ( JPNP / SRI/ 0060/2002/K/CIC4142)

Pengenalan Sekolah Islam Al-Irsyad

Visi Al Irsyad

Untuk Menjadikan Al Irsyad sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang Memimpin dan Paling Berjaya di Negeri Pahang Darul Makmur

Objektif Penubuhan
  • Menyediakan suasana pengajian dan pembelajaran berpandukan kurikulum Islam bersepadu
  • Menggabungkan ilmu Naqli dan ilmu Aqli di dalam satu kurikulum yang tidak terpisah.
  • Memupuk dan membimbing ke arah pembentukan peribadi yang seimbangdan mulia.
  • Mewujudkan generasi yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
  • Membina dan menambat minat cintakan ilmu dan yakin bahawa ilmu adalah satu cara meningkatkan ketaqwaan.
  • Menyediakan satu suasana di mana penghayatan ilmu dapat dijalankan dengan sistem terurus dan berkesan.